Showing posts with label Malaysia Kini. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Kini. Show all posts

March 11, 2008

Mukhriz mahu pucuk pimpinan dengar suara rakyat

Malaysiakini wrote:

Datuk Mukhriz Mahathir menyuarakan sokongannya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di tengah-tengah khabar angin kononnya beliau memanggil sidang akhbar untuk mendesak perdana menteri meletakkan jawatan ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum Sabtu lalu.

Semalam, bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Abdullah perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk BN dan mencadangkan Abdullah meletakkan jawatan.

Mantan perdana menteri itu juga menegaskan bahawa beliau telah tersilap melantik Abdullah sebagai perdana menteri.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang petang tadi, Mukhriz berkata: “Saya akan sokong sebarang tindakan yang akan menambahkan keyakinan terhadap perdana menteri."

“SMS tidak benar kononnya saya mendesak peletakan jawatan seseorang. Saya tahu ada SMS diedarkan mengatakan saya akan berbuat demikian. Saya tidak pasti siapa dalangnya," kata Mukhriz yang baru memenangi parlimen Jerlun 8 Mac lalu.

“Sebab kami adakan sidang akhbar ini adalah untuk menyatakan pandangan kami dan bukan untuk menimbulkan sebarang ketidakselesaan atau haru biru. Saya tidak pernah berniat dengan apa cara pun untuk meremehkan kebijaksanaan seseorang," katanya.

Terdahulu, sebuah agensi berita asing melaporkan Mukhriz akan memanggil sidang akhbar untuk mendesak Abdullah meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Beratus hadir

“Apa yang saya cuba lakukan hari ini ialah untuk merayu supaya bertenang hingga timbul kewarasan dan sebagaimana saya katakan kami akan buat keputusan yang betul," katanya.

"Saya merayu bertenang kerana misalnya, pasaran saham hari ini tidak begitu bagus. Harap ia akan naik semula," kata beliau.

Sama ada timbul rasa marah di kalangan rakyat sekarang ekoran kekalahan BN dalam pilihanraya umum, beliau berkata: “Saya tidak fikir wujud sebarang rasa takut berlaku keganasan. Kita lebih matang dari itu sekarang".

Beratus-ratus orang, termasuk pemimpin Pemuda Umno dari kawasan utara, menghadiri sidang akhbar itu yang pada awalnya dijadual diadakan di Hotel Sunway dan kemudian dipindah ke Hotel Pearl View.

Ditanya sama ada perdana menteri perlu memikul tanggungjawab peribadi atas kekalahan BN dalam pilihanraya umum ini, Mukhriz berkata: "Saya rasa kita semua perlu memikul tanggungjawab itu,"

Sebelum itu pihak media dimaklumkan mengenai sidang akhbar Mukhriz, anak lelaki bungsu Dr Mahathir, yang dijadual diadakan pada jam 3 petang di Hotel Sunway di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Pihak wartawan diberitahu bahawa Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno, akan mendesak Abdullah meletakkan jawatan. Pemimpin Pemuda Umno dari Perak, Pulau Pinang dan Kedah dijangka menyokong desakan Mukhriz itu.

Pindah tempat sidang akhbar

Tetapi pada jam 3 petang, Mukhriz tiada kelihatan di hotel tersebut. Terdapat kira-kira 200 orang di situ yang majoritinya anggota polis berpakaian biasa - menunggu ketibaan Mukhriz. Turut kelihatan trak-trak polis dan anggota unit gerak khas ditempatkan di situ.

Keadaan agak tegang apabila para wartawan dimaklumkan kemungkinan berlaku kejadian tidak diingini apabila Mukhriz tiba di situ.

Selepas 90 minit menuggu, para wartawan diminta oleh pegawai Mukhriz pergi secara diam-diam ke sebuah lagi hotel berhampiran bagi mengelak orang ramai mengikuti mereka ke sana.

Malaysiakini kemudiannya difahamkan bahawa pertukaran tempat itu dilakukan kerana ada penyokong Abdullah yang sedang menunggu Mukhriz untuk membalas serangannya terhadap perdana menteri yang mengangkat sumpah memegang jawatan tersebut bagi penggal kedua pagi tadi.

Sidang akhbar itu dikawal ketat dan hanya wakil-wakil media dan penyokong Mukhriz sahaja yang dibenarkan masuk. Sejumlah besar anggota polis yang berpakaian biasa tidak dibenarkan masuk.

Mukhriz kelihatan mendraf ucapannya dan mengadakan perbincangan dengan para pembantunya ketika para wartawan tiba di situ. Beliau diiringi oleh kira-kira 100 penyokong.

Ditanya tentang perubahan tempat sidang akhbar, Mukhriz berkata, beliau rasa wujud sedikit ketegangan di tempat yang dijadualkan awal, dan beliau mahu pastikan keadaan yang tenteram.

'Belum pernah berlaku'

Dalam sidang akhbar selama kira-kira 20 minit itu, Mukhriz tidak mendesak Abdullah meletakkan jawatan seperti yang dijangka.

“Saya banyak menerima panggilan dan SMS melahirkan banyak pandangan. Apa yang jelas kepada saya ialah wujud perasaan buntu di kalangan Umno dan BN kerana berlaku situasi berat yang kita hadapi, belum pernah berlaku sebelum ini dari beberapa segi.

“Kami tidak pernah kalah di banyak negeri, jadi pastinya ia sesuatu yang wajar mengejutkan kita," katanya dalam laporan Bernama.

Mukhriz berkata pilihanraya ini menunjukkan bahawa rakyat mahukan suara mereka didengar, dan ini amat jelas, dan beliau merayu kepada pucuk pimpinan agar mendengar kehendak rakyat dan mengambil inisiatif yang tepat bagi membetulkan keadaan.

“Kita perlu menerima pilihan rakyat dan ini merupakan pengalaman yang membuat kita merendah diri.

“Secara peribadi rakan-rakan dan saya memahami perasaan rakyat dan pada masa sama, kami amat yakin segala usaha akan dilakukan bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN. Ketika ini, kami merayu kepada semua pihak agar terus bertenang dan bersikap rasional.

“Kami merayu kepada pucuk pimpinan agar mengambil kira kehendak rakyat. Kita melihat barangkali beberapa perubahan, saya tak dapat katakan apa jenis perubahan," tegasnya.

Pulih keyakinan rakyat

Mukhriz percaya BN, khususnya Umno akan mengambil tindakan pembetulan demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti.

“Saya fikir suara rakyat telah dilahirkan di pelbagai forum. Kadangkala kita tidak mendengar. Jadi mesejnya sekarang cukup jelas, tidak ada mesej lebih jelas daripada keputusan pilihan raya baru berlalu," kata beliau.

Tentang sama ada rakyat masih yakin terhadap kepimpinan Abdullah, Mukhriz berkata: "Kita sentiasa menaruh kepercayaan terhadap kepimpinan. Kini sebenarnya terserah kepada PM untuk memutuskan apa tindakan yang harus dilakukan".

Mengenai rasa tidak puashati rakyat, beliau berkata, BN telah tidak menyelesaikan isu-isu "yang dekat di hati rakyat".

“Anda boleh lakukan perubahan drastik, tetapi sama ada itu akan membantu menambah keyakinan rakyat, adalah satu hal lain. Jadi apa yang penting, ialah akhirnya, BN akan kembali mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya umum akan datang. Itu hasrat sebenarnya," tegas Mukhriz.

Beliau berharap isu-isu ini akan dibincangkan di mesyuarat Umno semua peringkat, dan langkah yang wajar diambil.

“Saya percaya kita punya cara kita sendiri untuk menyelesaikan situasi begini. Kita faham bahawa selepas kehilangan lima negeri, ia bukan perkara kecil, tetapi pada masa sama, kita gembira yang BN terus berkuasa di peringkat pusat," katanya.


Then what is "langkah wajar" should be taken. The chronicles of Tsunami, Buffalo and Mosquito explain what is the "langkah wajar"

(GE12) The Chronicles of Tsunami, Buffalo and Musquito

The Chronicles of Tsunami, Buffalo and Musquito
:from the muddy bank of Sg. Siput, Sg. Petani, P. Rengas and Rembau

Sunday morning, Malaysian have been shocked with Tsunami. This time the tsunami swept many BN parlimentary seat in northern Malaysia. The results are really unexpectable. BA also don't believe that they won so many parlimentary seats and conquer 5 states which already known as BN stronghold. It reminds me The Battle of Dagorlad in the Lord of the Ring (writen by JRR Tolkien), when the Last Alliance (Men and Elves) and armies of Sauron in battle outside the Black Gate of Mordor. Mordor is the stronghold of Sauron and it is imposible to enter the Black Gate. It is similar like the tsunami of votes from rakyat marches to the BN stronghold. What is happening actually. From where the tsunami comes from. What is the main cause triggering that gigantic wave until it able to sweep many parlimentary seat. It is not like a broom given by Khir Toyo. Broom cannot sweep better than Tsunami.

I need to do some research why the tsunami triggered. Then found a few buffalo are happyly playing in the pool of mud. Meanwhile, most the other clean buffalo are laying on the clean ground eating grass. The buffalo who are playing in the muddy pool are as follows. Two buffalo from Perak (P. Rengas and Sg. Siput), one buffalo from Kedah (Sg. Petani) and one buffalo from N.Sembilan (Rembau). Those buffalo are playing happily and shaking hardly. The mud splatted everywhere. Muddy from Sg Petani splatted to Penang. Muddy from P. Rengas splatted to Perak. Muddy from Sg. Siput splatted to Perak and some to Selangor. Lastly little buffalo at Rembau spotted its mud at Negri, Malacca and Johor. These then form a tsunami of mud. Luckly most of the buffalo at Negri, Malacca and Johor is covered with "mud-guard".

Then, almost all other buffalo spotted with that mud. After that many mosquito come and make the environment become worst. People dont't have any choice. They are too angry now. They hate the mosquito but they wanted to slaughter the buffalos. Then people decide to slaughter all the buffalo, and hopping the mosquito will run away and they can live happily. They pick the buffalo to be slaugthered randomly. Just point your finger to the buffalo then the buffalo will be slaughted. As simple as that.

Sadly to say, the naughty buffalo still alive. It is a big mistake if that buffalo not be slaughtered for kenduri. Minang people love to eat buffalo because, buffalo is smatter than a cow. Buffalo chossing the quality grass to eat compare to cow. Cow will eat everything.

Bare in mind, that buffalo might play again in the dirty mud and splatting again the tsunami of mud. English proverb says,

prevention is better than cure


Slaughtered them before they splatted more dirty mud to other buffalo. This coming august 2008, it is the best time to slaugther the buffalo exactly before the ramadhan. People in johor normally celebrate the first of ramadhan. People in N.Sembilan celebrate differently, they have a day called "hari mantai" or "hari bantai" which is a day they watch "anak bulan". During that day, they will slaugther buffalo and cow. The same culture applied at border N.Sembilan/Selangor, N9/Malacca and N9/Pahang. Don't forget to slaughter the naughty buffalo before ramadhan.

Let the other buffalo contribute their energy to serve the people in the rice field. People need rice to eat. Good Buffalo must go work and produce more production in the rice.

That's all about the Chronicles of Tsunami, Buffalo and Mosquito.