November 8, 2011

73 bayi dibuang dalam tempoh lapan bulan


Macam-macam kes baru buang bayi. Langsung tiada sifat perikemanusiaan.
http://4.bp.blogspot.com/__72aHEACuNk/S5364IRgNxI/AAAAAAAAANc/aeDrvChr00w/s400/baby08.jpg
Langkah pihak berkuasa menetapkan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh sejak tahun lalu, masih belum dapat membendung jenayah itu apabila 73 kes buang bayi, termasuk yang dibunuh kejam, dicatatkan di seluruh negara sepanjang lapan bulan tahun ini.
Jumlah itu menjadikan keseluruhan 571 kes pembuangan serta pembunuhan bayi direkodkan di seluruh negara sepanjang lima tahun lalu dengan 318 bayi disahkan mati, manakala 253 pula ditemui masih hidup.
http://2.bp.blogspot.com/_C7Qs7xupNVo/TOaRX3vJMNI/AAAAAAAAAAk/UIjo2qR-ZBc/s1600/Bayi+dalam+kotak.jpg
Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hingga Ogos lalu itu bagaimanapun tidak termasuk kes pembunuhan kejam membabitkan bayi perempuan yang mati dikelar di asrama sebuah sekolah di Betong, Sarawak serta seorang bayi perempuan ditemui mati dalam longkang selepas dicampak dari tingkat dua flet di Selayang, bulan lalu.
Malah, semakan mendapati, sekurang-kurangnya 10 lagi kes pembuangan bayi dilaporkan sepanjang dua bulan lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes tahun ini hampir menyamai 91 kes sepanjang 2010.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata daripada 73 kes buang bayi sejak Januari hingga Ogos lalu, 44 bayi ditemui mati, manakala 29 masih hidup.
Beliau berkata, daripada keseluruhan kes pembuangan bayi tahun ini, 26 daripadanya adalah lelaki, 30 perempuan selain 17 lagi tidak dapat dikenal pasti jantinanya kerana sudah reput.
Secara keseluruhannya, PDRM terbabit dari sudut penyiasatan yang kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau Seksyen 307 kanun sama, iaitu cubaan membunuh, namun usaha membendung gejala itu dari terus berlaku perlu membabitkan pelbagai pihak, katanya