April 8, 2009

BN mahu Badan bebas kaji punca kekalahan

Menurut Utusan Malaysia:

Satu badan bebas akan ditubuhkan bagi mengkaji dengan lebih tepat punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di kawasan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mencadangkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Penubuhan badan bebas ini supaya kita dapat mengetahui secara lebih tepat sebab-sebab kekalahan sama ada dari sudut jentera atau apakah isu yang sebenarnya telah mempengaruhi pengundi,”katanya kepada pemberita di sini hari ini [berita penuh].


Tapi bebaskah badan ini melaporkan hasil kajiannya nanti ?

Rata-rata penganalisis... cuba mengambil hati BN dlm menyediakan laporan bagi setiap kajian... sesuatu yang dapat mengambil hati para pemimpin BN.. Persoalannya... Adakah ia benar-benar bebas ? atau sekadar laporan palsu yang bertujuan mengubati hati yang luka... another point to ponder