March 28, 2009

Perwakilan Pemuda UMNO Memperjudikan Masa Depan UMNO ?

Hari ini merupakan hari terakhir perhimpunan agung UMNO dimana penamat segala teka teki bagi ramalan-ramalan yang selama ini diulas oleh pelbagai jenis media semasa. Semuanya telah terjawab. Maka persoalan lain pula timbul berikutan desas desus mengatakan perwakilan pemuda UMNO telah memperjudikan kelangsungan masa depan UMNO ? Adakah pemilihan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru mencerminkan suara akar umbi pemuda UMNO. Tepuk dada tanya Khairy. Ketika Najib memperkenalkan barisan kepimpinan UMNo yang baru, Sdr KJ di "boo" oleh segelintir perwakilan. Jelas bunyinya kedengaran menyindir keputusan yang dibuat oleh perwakilan pemuda UMNO. Laman blog chedet.co.cc juga menyidir secara sinis keputusan pemilihan Pemuda UMNO. Untuk mengira undi yang tak sampai 800 undi mengambil masa 6 jam. Tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Adakah perwakilan pemuda UMNo tidak peka tentang gambaran sebenar politik tanahair tatkala orang memperkatakan isu "Realiti dan Persepsi". Adakah keputusan yang dibuat oleh perwakilan pemuda UMNO ini benar-benar matang bagi menangani isu persepsi rakyat terhadap imej UMNO keseluruhannya. Siapa yang mencalarkan imej UMNO ketika PRU ke 12 ? Siapa yang menjadi liabiliti kepada UMNo ketika PRU12 ? Mengapa perwakilan UMNO Kelantan dalam ucapannya agar "berilah KJ peluang" ? Sedarkah perwakilan pemuda UMNO kesan daripada keputusan pemilihan ketua pemuda UMNO ini, sedikit sebanyak memberi impak kepada keputusan pilihanraya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Dan mungkin juga pilihanraya kecil Bukit Lanjan tidak lama lagi.

Peluang apa lagi yang KJ mahukan. PRU12 menyaksikan dia cuba mengempur kubu pembangkang di Kelantan. Hasilnya ? Habis disapu bersih oleh PAS. Persepsi akar umbi UMNO sendiri tidak memihak kepada KJ, ini kan pula golongan muda rakyat Malaysia. Mengapa perlu memperjudikan kekuatan UMNO jika persepsi masyarakat menolak KJ sebagai pemimpin. Mampukah barisan pemuda UMNo hari ini mengubah persepsi rakyat jika ketuanya adalah KJ ? Matangkah pemuda UMNO membuat keputusan memilih KJ sebagai kepala Pemuda UMNO ?

Siapa yang tersenyum apabila KJ diumum sebagai ketua pemuda UMNO yang baru ? Adakah semua pemerhati bebas dan 3 juta ahli UMNO gembira dengan keputusan ini atau terkejut. Tak lain tak bukan adalah KJ dan konco-konconya sahaja. Mampukah konco-konco ini membawa aspirasi 3 juta ahli UMNO ? Tepuk dada tanya KJ dan konco-konconya.

Siapa KJ ? Dia bukan datang dari "ivy-league" Malaysia. Rangkaian pengaruhnya tidak besar dan tidak padu. Secara tradisinya, pemimpin di Malaysia datang dari "ivy-league" Malaysia. Di mana mereka-mereka ini telah memdapat pendidikan disekolah-sekolah elit Malaysia atau berkawan dengan mereka-mereka dari golongan tersebut. Maka dengan itu mereka-mereka ini akan disokong oleh golongan terpelajar dan bijaksana di Malaysia. Tentu ada yang bertanya : Apa itu "ivy-league" Malaysia ?

Secara tidak rasmi "ivy-league" Malaysia merupakan rangkaian sekolah berasarama penuh (SBP), rangkaian sekolah agama, rangkaian sekolah mubaligh Inggeris dan rangkaian maktab rendah sains MARA atau MRSM. Kesemua kenalan, classmate, schoolmate dari "ivy-leagua" ini telah menjadi tokoh-tokoh penting dalam pelbagai bidang di Malaysia.

Tokoh-tokoh inilah yang dapat memberi pengaruh dan sokongan kepada seseorang pemimpin. Antara "ivy-league" yang terkenal dengan kejayaan ahli alumninya ialah MCKK, RMC, VI, KIK (KISAS), MRSM, STAR, CBN, SDAR, TKC, SSP, Convent, Faris Petra, SEMESTI, Maktab Mahmud, Maahad Muhammadi, Sains Muar dll. Jika anda faham singkatan-singkatan ini, tentunya anda sebahagian dari rangkaian "ivy-league" Malaysia. Malangnya, KJ bukan sebahagian dari kelompok ini, malah tempoh hayat masanya membesar 90% berada diluar negara. Adakah KJ pilihan terbaik perwakilan pemuda UMNO ? Tepuk dada-dada tanyalah KJ dan konco-konconya.

Mampukah UMNO mempertahankan kelangsungannya jika ramai ahli-ahli akar umbi UMNO yang tidak dapat memilih pemimpin mereka senditi telah beranggapan bahawa Pemuda UMNO kini menjadi liabiliti didalam UMNO. Mampukah Najib memulakan pelayaran mengemudi nakhodanya tatkala pemuda UMNOnya menjadi sauh yang berat untuk dinaikkan.

Perwakilan pemuda telah memperjudikan untung nasib sebuah pelayaran bahtera UMNO dalam menempuh gelombang besar rakyat yang meruntun mahukan pembaharuan dan memarangi segala bentuk rasuah zaman moden yang serba canggih. Benar atau tidak perwakilan pemuda UMNO memperjudikan nasib kelangsungan parti mereka, sama-samalah kita lihat keputusan pilihanraya kecil yang akan datang nanti. Setiap keputusan pasti menterjemahkan sesuatu yang tersirat.


Sekian