April 13, 2008

Abg Zack wrote about "Kritikan Membina"

The following post is taken from Zack Rambles's Blog

Kita perlu membuat kritikan membina terhadap kerajaan baru PR, terutamanya di Selangor. Kadangkala aku sms kan pendapat aku terus kepada exco-exco tersebut. Maklumlah, orang orang baru ini memang lah terlalu sebok, sehinggakan ada yang aku dengar tak jengok langsung khenduri khenduri doa selamat yang diadakan untuk meraikan kemenangan mereka.

Rakan rakan selalu menempelak aku kerana kata mereka berilah peluang untuk PR membentuk kerajaan baru. Terasa loya mendengar celoteh mereka. Empat tahun tidak lama. Pada aku, mereka bertateh sekarang, terlalu perlahan untuk membuat perubahan. Mereka mesti terus berlari, kerana pejam-celik pejam-celik, empat tahun akan datang dengan cepatnya. PR mesti menunjukkan pembaharuan dan menunaikan semua janji dalam manifesto PUR12 mereka sekarang. Jangan lupa ayat Allah Surah Annisa' ayat 135, yang bermaksud "Wahai orang yang beriman tunaikanlah perjanjian".

Pemimpin PR bukannya malaikat dan kerajaan PR bukannya maksum. Apakah kita langsung tak boleh buat kritikan menbina kerana mereka masih bayi?. Sindrom tidak boleh dikritik membuatkan UMNO jatuh tersungkur sekarang.

Ayoh para para ulamak, tegurlah kerajaan baru ini, takutlah hanya kepada Allah. Jangan takut menegur kerana harapan mendapat hampasan dunia. Kemenangan PR adalah hadiah dari Allah, maka janganlah disia siakan. Setiap saat, ada komplot untuk menjatuhkan kerajaan PR. Tetapi jikalau kerajaan PR berjuang untuk kepentingan rakyat, insyaallah ia akan bertahan 50 tahun lagi.



It relates to my previous post on "What is the bloggers trend after PRU 12 ?". So this is one of the trend that, the blogger is the true opposition. more